© Copyright 2024 Kedai Uniform. All Rights Reserved.

Dimiliki oleh Mafeya Sdn. Bhd.

Blog

Apakah Itu Silk Screen Printing? Belajar Asas Printing T-Shirt.

Kongsi:

pembekal uniform kedai uniform ready made custom made

Printing T-Shirt menggunakan Teknik Silk Screen.

Hi! Perkongsian kami untuk kali ini adalah berkenaan kaedah cetakan yang paling popular dan meluas dalam industri Printing T-Shirt terutamanya dalam industri percetakan pakaian & cenderahati. Teknik ini mendapat permintaan tinggi dari pelanggan kami terutama tempahan T-Shirt Printing & Cenderahati.

APA ITU CETAKAN SILK SCREEN?

Hasil Printing T-Shirt (Silk Screen)

Hasil Printing T-Shirt (Silk Screen)

Silk Screen dalam bahasa Malaysia dipanggil Saring Sutera. Cuma ianya lebih biasa disebut Silk Screen Printing dalam industri percetakan. Dalam kaedah ini, ia melibatkan beberapa proses yang perlu diikuti dengan teliti untuk mendapatkan hasil cetakan yang berkualiti seperti berikut:

1. Penghasilan Artwork Grafik / Design – Proses ini melibatkan proses menghasilkan gambar atau grafik, kemudian mengasingkan warna dan mencetak gambar/grafik tersebut ke atas kertas filem khas dengan menggunakan printer.

2. Penghasilan Blok – Proses membuat blok mengunakan kayu, besi atau aluminium berbentuk segi empat. Kemudian kain sutera atau mesh dilekatkan dengan tegang ke atas blok tersebut. Selepas itu satu bahan khas disapukan ke atas mesh/kain sutera untuk membentuk satu lapisan. Lapisan tersebut dikeringkan di tempat yang kadar pencahayaan yang minimum.

3. Pemindahan imej- Proses memindahkan imej yang telah dicetak pada kertas filem tadi (no. 1), dipindahkan kepada blok dengan proses pendedahan ke atas cahaya secara tertumpu. Setelah itu, blok tadi di cuci menggunakan air untuk melengkapkan proses pemindahan imej.

4. Dye/ Dakwat Khas – Proses terakhir adalah menyapu dye pada blok keatas permukaan baju atau cenderahati. Kemudian dye dikeringkan menggunakan pengering khas. Setelah kering pihak kami biasanya melakukan proses Quality Control. Proses ini dapat mengesan sekiranya terdapat kesalahan atau kecacatan pada hasil cetakan. Proses ini sangat penting sebelum produk melalui proses pembungkusan & penghantaran/penyerahan kepada pelanggan.

Proses Printing T-Shirt (Silk Screen)

Proses Printing T-Shirt (Silk Screen)

Kaedah Printing Silk Screen juga terbahagi kepada beberapa kategori :

  1. Water Base ( berasakan air)
  2. Cetakan Getah (rubber dye)
  3. Cetakan Timbul (emboss dye)
  4. Cetakan Pantul Cahaya (glow in the dark)
  5. Cetakan Baldu (flock) dan banyak lagi.

Kaedah Silk Screen memerlukan pemain industri ini menyediakan peralatan yang lengkap. Ini bagi memudahkan mereka menyelesaikan setiap proses yang diperlukan dalam kaedah ini.

Kaedah ini memerlukan ketelitian yang tinggi bagi menjamin kualiti hasil cetakan. Kebiasaannya pengusaha industri menetapkan Minimum Order Quantity (MOQ) untuk kaedah ini.

Harga cetakan Silk Screen adalah berbeza mengikut design, bilangan warna cetakan dan saiz cetakan. Harganya juga bergantung pada jenis cetakan & dye yang anda inginkan.

Sekiranya anda Berminat untuk membuat tempahan Printing T-Shirt Silk Screen dari pihak kami, Boleh hubungi kami di talian 017-2290120. Harga boleh bincang, jangan risau !

LOKASI SHOWROOM
Kedai Uniform (Team Cetak)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)

Silk Screen Printing

Kongsi:

Pembekal Uniform & Baju Korporat direct kilang

Pembekal Uniform & Baju Korporat direct kilang yang beroperasi di Shah Alam, Selangor. Kami menawarkan penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Statistik

005499
Users Today : 39
Users Yesterday : 47
This Month : 508
This Year : 3277
Total Users : 5499
Views Today : 55
Total views : 12381
Who's Online : 2

Rangkaian Kami

The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by kedaiuniform.com and we endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools, or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

© Copyright 2024 Kedai Uniform. All Rights Reserved.

Dimiliki dan diuruskan oleh Mafeya Sdn. Bhd.

Web Design by Jaring Digital

Boleh kami bantu anda? Chat dengan kami melalui WhatsApp. Kami sedia membantu anda.

WhatsApp & Tempahan